DUN Sarawak | Sarawak masih perlu import beras

2022-11-30 0

Pengeluaran domestik beras dan padi Sarawak hanya mampu menampung 38 peratus keperluan tahunan dan perlu mengimport 146,000 tan metrik beras pada 2021 yang jumlah RM387 juta.

Sehubungan itu sebagai penyelesaian jangka panjang, kerajaan Sarawak ambil inisiatif termasuk menaik taraf infrastruktur kawasan pengeluaran padi, Perkongsian Awam-Swasta-Komuniti (PPCP) serta penjenteraan dan automasi ladang.